well, hello guys!
cewahhh, kemain joyah ni meng-hupdate blog sejak dua menjak tiga menjak ni kannn. *kelip mata* almaklumlah sekarang kan cuti semester 2 bulan. so banyak story lah yang joyah nak share dengan korang selain menternak lemak lemak comel untuk mengisi lapang beliau. ekekeke. tapi kann, seriusly memang rindu serinduuu rinduunyaaa nak merepek meraban kat blog ni haa. cuba korang bayangkan, 6 bulan Leeya tak hupdate any entry pun kat blog ni. bersawang teruk lahh bila sifat M obviously menguasai diri Leeya. *pheww tiup tudung :DD
ahaa, alang alang dah ghajin sangat kann, Leeya nak share tips macam mane nak muka jadi cantik, licin and tak berminyak . semua tu yang setiap orang nakk sangat2 kan? tak kira lelaki or perempuan. it same goes to me :) even ramai je dah tau and buat benda yang sama, tak salah kalau nak share kan? Leeya sendiri pun dah cuba banyak kali benda ni. alhamdulilah kulit semakin hari semakin sihat. :) hah lagi satu, kekdah ni tak perlu guna banyak duit pun. Leeya paham, kekadang tu kopak jugak duit kita kalau guna product yang memahal tu kan tapi hasilnya ... hampehhh! tong sampah jugak makannyaa. wakakaka. :P
kekdah yang Leeya nak share kali ni buat masker telur yang hanya guna sebijik je telur ayam. ahaa sebijik je. alaaa, rembat je kat dapur tu. kalau mak tanya pun, cakap lah ada ayam mintak balik telur dea, tu yang kasi balik tu. ekekeke. mau kena baling kuali kalau cakap macam tu dengan mama Leeya. bhahaha. :P
caranya mudahhhh sangat. dalam 5 minit pun dah siap tauu! :)
firstly, cuci muka dengan pencuci muka yang korang guna sekarang then tunggu dalam 2 minit. lepas tu, korang wapkan muka dengan wap air panas untuk buka pori-pori comels kat muka korang tu.
secondly, korang sediakan sebijik telur ayam. tapi amik yang putih jeee. tu pun jangan lah amik semua putih je sebab muka korang tu taklah besorr sangat kann. anggarkan cukup untuk size muka saja. yang kuning tu korang boleh simpan sebab boleh buat masker telur kuning pulak untuk lembabkan kulit korang or gorenggggg pon sodap telur kuning tu. ehehe.korang kacau putih telur tu sampai berbuih okeee?
next step, korang sapukan lah putih telur tu kat muka. sapu bagi sekata kat seluruh muka especially bahagian yang kerap sangat berminyak macam T-zone, dahi and dagu korang. kalau korang nak buangkan blackhead/whitehead yang semangat tumbuh subur kat muka korang, korang amik tisu or face cotton, celup kat telur tu then tempek kat area yang kena tu.
lastnya, tunggu dalam 15-30 minit untuk telur tu kering then cuci muka korang dengan air sejuk untuk tutup balik pori-pori yang terbukak tadi tu. *selalunya Leeya guna air yang letak ais. sejukkkk je. then cramp terus tangan. bhahaha :P
it's done !
time apply masker ni kat muka, Leeya sarankan korang jangan banyak potpetpotpet, senyum or buat mimik muka yang pelik-pelik. better korang relaks jee sebab kalau korang semangat sangat nak bcakap, ia akan buat kulit korang jadi cepat kedut kedutttt. eeee! tanak kann? :D
simple je kann? tapi satu je, korang kena tahan lah sikit bauuuuu harummm semerbak telur tu. nak cantik punya pasal kann? hihi. tapi Leeya selalu buat masker ni tambah dengan madu asli. korang pun boleh jugak cuba masker telur ni dengan menggunakan madu. tambah madu tu jangan lah melampau lampau pulak. kang semut ingat muka korang tu istana diorang pulak kannn. tak ka naya macam tu. ekekeke.
btw, mesti korang tertanya-tanya jugak apa effect masker ni untuk kulit kann? yelahh, dari membazir, baik kita ngapppp je telur tu. hihi. banyak ohh pekdahnyeeee! serius korang takkan menyesal :))
1) untuk sesiapa yang kena sunburn teruk tu, masker ni boleh menghilangkan flek hitam kat muka tu
2) special for oily skin, masker ni akan mengurangkan minyak yang kerap ada kat muka tu. bukan menghilangkan terus okeee. so kurang kusam sikit lah muka tu.
3) mengecutkan jerawat and menghilangkan parut-parut jerawat kat muka kita tu.
4) kulit akan jadi cerah sikit. kalau kerap buat, makin cerah lah kulit tu.
5) mengecilkan pori-pori, melembabkan and menghaluskan kulit kita yang kasar tu.
senang kan? before that, masker ni kalau korang ghajin, apply kat muka seminggu sekali je. kalau kulit tu kering, jangan apply masker ni kat muka sebab nanti lagi bertambah kering. mengelupas pulak kann. ouch! sakitnyaaaa! hihi :)
wait for my next entry ! till then :)