Lets be attractive!

hey u all. 
hurrr~ ltih lah ari ney. byk sgt hw kna buad. sian otak aku. trok dea mmproses. HAHAHA.

td time bosan2, aku search game lah kt google. search game yg best2. konon2 nk rest lahh. HAHAHA. tadak keja kn. tu yg buad bnda2 yg tk msok akal tuh. hee. sedang mencari2 game tuh, aku tjumpa 1 artikel. yg aku rasa ssuai utk semua org. pendek kata, bg motivasi lah. hee. tetiba pulokk jd baek ye cik leeya. aku just nk share je dgn korang. if korang rsa tips neh ssuai dgn korang, take it as your self motivating. tp kalau tak suka, just diam sudaa.tak perlu nk kritik sbb semua mnusia, tadak yg smpurna. ok ? ;D


Untuk melatih diri supaya menjadi individu menarik, Anda cuma perlu…

1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.


Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.

2. Relaks, Be In Control.


Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.

Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .
Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.

3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.

Selalu tak Anda tengok David Beckham?
Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!

Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!
Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.

4. Pilih Yang Positif, Lupakan Yang Negatif.


Jika Anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau Anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.


Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuat Anda orang yang berfikiran negatif, sebab dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan pendengus. Sikap-sikap ini membuat sesiapa saja kurang senang dengan Anda, walaupun ibu, bapa atau adik beradik sendiri.
Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut, langkah demi langkah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

5. Berkawan Dengan Sesiapa Saja.


Jangan pilih dengan sesiapa Anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap Anda, layan mereka dengan baik sekali, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan Anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaul dengan sesiapa saja, kerana ia akan membuat Anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, semua peringkat umur, hampir semua bangsa.

Bak kata pepatah, bila masuk kandang ayam, berkokok. Masuk kandang kambing, mengembek.
Masuk kandang singa, kita mengaum!

5. Selalu Berterus Terang, Telus, Jujur.


Ini tips yang paling penting.

Jangan kata yang Anda ni jujur, tapi, pamerkan kejujuran dalam apa jua yang Anda lakukan, di mana jua Anda berada.

Jangan kata yang Anda ni telus, tapi pamerkan ketelusan dalam apa jua yang Anda lakukan, apa yang Anda kerjakan, anytime, anywhere, everytime, everywhere!

Buat dan buktikan lebih baik dari bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang Anda buat. Masyarakat bijak menilai.

take this note: orang yang banyak bercakap dari membuat, hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkannya tapi kurang mencapai apa-apa.



No comments:

|| Copyright by talksbyleeyahaniff.blogspot.com | All Righted Reserved ||