mengingatiMu satu kepastian :'(

pejam celik pejam celik dah bulan 3 kan. tup! tup! Leeya dah nak habis semester kedua kann. cepatnyaaaa masa berlalu. takuttnyaaa nak dating dengan Encik Final tak lama lagi ni. doakan Leeya ye kengkawan! hope2 dapat tunaikan impian orang sekeliling Leeya untuk merebut Dean List kali ni. InsyaAllah Leeya akan cuba tunaikan yeah! to semua yang nak berdating dengan Encik Final minggu depan, Leeya ucapkan Good Luck ! All the Best okeyyy! kejar Dean List tauuuu ! heeeeeee. takuuuttt! T.T

okey, korang still ingat lagi yang entry Leeya yang lepas? something happened to me right? korang nak tau ape? jum tongkat mata dengan mancis ramai ramai. heeee!
untuk semester kedua kali ini, banyak suka duka yang berlaku dalam diri Leeya. seperti orang lain jugak, dugaan mesti mengejar kita kann? Alhamdulilah, semua tu dapat mematangkan diri Leeya agar dapat berfikir yang mana lebih baik dan yang mana buruk. heeeee! *tetiba, formal pulak makcik ni :P  sem kali ni, Leeya dapat kawan yang havoc gilaaaaa! memang memanjang sakit perut sebab gelak. kekadang tu, terpaksa tutup hidung untuk tahan gelak. sampai lecturer yang mengajar kat depan pun, mcm nak tarik telinga je kat group kitorang. hehehehe! bab nakal nakal, yang tu tak payah cerita laaa. memang rutin harian dah bagi kitorang semua. jum Leeya kenalkan gengstar2 kelas KOM1142D ! hehehe.

meet them: Joyah (Zira), Pinky (Leeya), Muthu (Ida), Pau (Mira), ShinBei (Farah) 
i love u'ollss guys!

student office management lah katakan! *before pergi presentation. peace ! :D
cute notes: aku sayang hampa semuaaaa! friends forever okeyy! kita kan gossip girl~ weeeee! I heart u'olls 

baru baru ni, Leeya di kejutkan dengan 3 berita yang sangat sangat mengguris perasaan Leeya. sampai hari ni juga Leeya still trauma dengan berita berita itu. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan penulisanku ini. Aminn. 

#1
malam 24/2 yang lepas dalam pukul 8.30 malam, Leeya dikejutkan dengan perginya ayahanda kesayangan kawan seperjuangan Leeya, 'Aqilah Kamaruddin. Ya Allah, betapa seronoknya menjadi insan terpilih oleh Allah SWT untuk menghembuskan nafas yang terakhir di Tanah Suci Mekah. hampir seminggu Aqilah runsing, risau, sedih dengan berita kononnya ayahandanya hilang di sana. tetapi semua andaian tu salah. Takziah Leeya ucapkan kepada Aqilah. banyakkan bersabar ye. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah :'( 
#2
after beberapa jam dapat tahu berita tu, sekali lagi Leeya dikejutkan dengan satu lagi berita yang Leeya membuatkan Leeya betul2 terkejut dan tergamam selama beberapa minit. dalam pukul 12.05 mcm tu, Leeya


dapat call dari bff Leeya sendiri yang classmate a.k.a sahabat baik Leeya sendiri sudah kembali ke rahmatullah. masa tu, Leeya betul2 tak percaya langsung. seriusly memang tak percaya! Ya Allah, memang berat untuk Leeya nak percaya semua ni. lepas dengar berita tu, badan Leeya terus menggeletar dan tergamam buad seketika sebab baru 2 hari yang lepas Leeya bergurau dengan arwah. baru 2 hari lepas Leeya tengok arwah senyum, arwah gelak. tup tup ! hari ini semua tu dah hilang. sebak hati Leeya bila mengenangkan arwah. kehilangan arwah amatlah terasa seluruh kelas Leeya, KOM1142D sebab arwah seorang yang peramah dan periang. yang paling perit, arwah juga sahabat dalam presentation, group project Leeya sendiri. memang sebelum ni banyak kenangan manis kami satu kumpulan. sehingga hari ini kami sekumpulan still terasa kehilangan arwah. esok tu, Leeya terus join konvoi 10 biji kereta dan 1 van UiTM pergi rumah arwah kat Perak. alangkah sedihnya bila kitorang tak sempat beri penghormatan terakhir kat arwah sebab kitorang sampai terlewat sedikit saja. apa apa pun, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kann? arwah Mohammad Zulfahmi Bin Chakri kembali ke rahmatullah akibat kemalangan yang tragis kat highway area Kepala Batas.

*memang tak mampu Leeya ungkapkan macam mana kehilangan kawan buad selama-lamanyaa. selamat bersemadi sahabatku. Ya Allah, kuatkanlah semangat kami semua. Al- Fatihah :'(

#3
selang beberapa hari, Leeya dikejutkan dengan satu lagi berita sedihh iaitu bapa saudara Leeya kembali ke rahmatullah dalam pukul 9.30 pagi. time tu, rasa nak pengsan pun ada jugak masa mama inform kat Leeya. sekali lagi dugaan yang Leeya terima. Leeya redha, Ya Allah. sepanjang hari Isnin tu Leeya ponteng kelas. kalau pergi kelas pun, otak tak boleh terima ilmu dah pun. masa tu tetiba terbayang wajah arwah Abah Leeya yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir 12 tahun dulu. rindu rasanyaaa. :'( apa2 pun, Al-Fatihah untuk arwah Pak Ngah iaitu abang sulung kepada Abah Leeya. 

*InsyaAllah semua yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya. sama2 kita doakan yang terbaik kepada mereka di sana. tak lupa juga arwah abah Leeya yang tersayang. Leeya rindu abah sangat2. :'( semoga di tempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh mereka. Aminnnnnnnnn. :'(



No comments:

|| Copyright by talksbyleeyahaniff.blogspot.com | All Righted Reserved ||