Dugaan buat Kedah :(

hey semuaa.
errghh, lamanya tak tekan tekan kt keyboard aku yg comel ni. smpai kena buad massage jari jemari aku dulu before tekan tekan keyboard ni. hehehe ;)

oke, story aku kali ini , pasal bencana buruk yang menimpa ramai orang yg tinggal di utara semenanjung iaitu Perlis && Kedah pada 1 november sehingga 9 november 2010. tapi Kelantan juga terkena tempiasnya juga. hehehe. ( ehem2. macam pmbaca berita pulak ! ) hehehe. aku sure semua dah tau kan cerita sensasi ni. agak menyedihkan juga laa.air naik setiap masa. habis musnah segala barang2. ada yg tak sempat nak selamatkan semua barang2. 



dasyatkann ? ada yg rumah mereka tak pernah kena banjir pon habis naik air. sure kelam kabut angkat barang && selamatkan diri kan. sekolah aku pun SMK SULTANAH BAHIYAH, tak pernah kena banjir terok, tetiba ja naik jugak air. agak terkejut kot bila aku dgr cm tu. dasyat sangatsangat . :(




air tinggi sangatsangat kan? serammm. heheehe. tp alhamdulilah rumah aku tak naik air. just penoh kt longkang je. susah hati jugak takot air melimpah keluar, naik laa kt rumah aku alamatnya. hehehee. even rumah aku tak kena banjir, aku pon kena tempiasnya jugak. yelaaa, bekalan air bersih terputus kot. seminggu lebih kami tak ada air bersih. 

haaa. baru aku tau betapa seksanya tak ada air. sbb dlu asyik main air saja sampai mama aku mengamok. nakal btol kan ? hehehehhe, ada member2 aku , lari balik kg laa, utk dptkan air bersih && smpai jadi pelarian aku tgk. hehehe. sepanjg tak dpt air bersih , alhamdullilah ada jugak lori2 hantar air yang agak bersih kt setiap rumah. hehehe. baik kn mereka ? trima kasih encik lori air. ;))



first time dlm hidop aku dpt experient mcm ni. hehe. kadang2 ada rasa best jugak, kadang2 ada rasa serik sangatsangat. hehehe. 

alamak, tersangkot pulak idea nk taip. adoii. takpa2 layan milo cinta tabor hasil kerja tangan kreatif cik liyana haniff ni. hehe. apa kena mengena cinta pulak kt situ ? saja sukasuka letak nama mcm tu. sbb slalu org letak milo tabor saje kan?yg ni lain punyaa. hee. :)


 

jempot minum semuaa ;DD

ok2, back to main story, korang semua rasa air yg lori hantar tu cukop tak utk kgunaan harian ? sure tak kn ? yelaa, even aku dgn mama aku je dlm rumah pon guna air tak cukop, bygkan lah kalau 1 family tu ada 8 - 9 orang ? agak2 cukop ke ? tak kan ? so , aku dgn mama pon pegi lah meminta setitis air *over saja, hehe :) di tangki air Mergong. dekat2 je dgn rumah aku.

 first day aku pegi , tak lah ramai org lg yg ambil air kt situ. then next day , semakin ramai yg dtg. mybe semua dah taw kot. hee. haaa, yg tu satu hal lg , terok kot kena angkot air yg dlm besen yg besar tiap2 hari. errghhh , sakit habih pinggang2 aku. maklumlah , sebelum ni manja ngada2 sgt. tak penah  angkt air, haaa, skrg time darurat , baru rasa mcm mna. hehehehe. serik ouh. :)


kt sini lah aku menagih setitis air. sadisnyaaabest ouh masuk kt tempat tu. tak pernah seumor hidup aku masuk kat situ. first time lah katakan ! heee. ;) 

alhamdulilah skrg ni , bencana semua tu semakin pulih. kwsan skolah aku pon dah surut airnya. trima kasih puan pengetua sbb bagi kami cuti 1 hari utk cuti darurat, heehehe. lain kali bg lah seminggu ye ? :PP

nak tgk air 'bersih' yang aku guna utk mandi , cuci baju, n sgala bagai lah ? ni diaaa. hehehe ;))



comel kan air nya ? mcm air asam pon ada kan ? yummy ! hehehehe. takpa lah, janji air jugak kann? *bak kata encik amin. wekk2. air ni lah yg menampung hidup aku sepanjang seminggu ni. heehehe ;)

apa2 pon , aku respect sangat kt mereka yg sabar hadapi semua ini. rumah mereka teruk dilanda banjir taw takk. kesian kann ? hope2 semua yg blaku ni ada hikmah dia kn ? tp harus brsiap sedia sbb ada gelombang kedua lg banjir ni. adoii. mintak2 lahh tak da dah lps ni. mybe ni semua dugaan utk kami candidate SPM 2010 yg bakal kami hadapi pada 23 NOV until 20 DIS ni . takottnyaaaa ! hehehehehe.

---------------------------------------------------------------

'' wahai Tuhan yang menjauhkan bala. wahai Tuhan yang menjauhkan bala. wahai Pengasih. jauhkanlah segala bala daripada kami di dunia dan akhirat. Jauhkan bencana yang datang daripada musuh-musuh di kalangan manusia dan jin. dan daripada syaitan dan iblis dan apa- apa yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi. dengan rahmat engkau wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ''

1 comment:

Liyana Rozali said...

sabar eh :) kesian org2 utara

|| Copyright by talksbyleeyahaniff.blogspot.com | All Righted Reserved ||