Minggu Destini Siswa #Part1



heyy semua! ya Allah dah dekat dua bulan Leeya tak membebel kat sini. seperti yang korang tau, Leeya dah pencen dah dari menjadi penulis yang tegar tu. sebab tu tak ramai yang selalu mendarat kat belog Leeya ni. hanya peminat setia jaa dok jenjalan membuang masa kat sini. coihh! perasan kau Leeya! *okey, sila muntah jingga
kali ni, Leeya nak story about something yang Leeya rasa unforgettable experiences dalam hidup Leeya yang dah dekat sebulan lebih Leeya buat pekasam. Alhamdulilah entry kali ni pekasam ni dah nak dijual untuk korang semua. :)

26.05.2012 - 2.06.2012
tarikh yang Leeya tak akan lupakan sampai bila-bila. tarikh nikah, setiap manusia for sure takkan lupa right? it same goes to me! tapi yang special nikah Leeya berlangsung selama dua minggu. plisss olisss jangan terkejut yeahh. semua tu dusta semata-mata sahaja. hihihi! actually, tarikh tu ialah Minggu Destini Siswa atau yang lebih sweet lagi MDS, bak kata Leeya. Alhamdulilah kali ni Leeya terpilih menjadi Pembantu Mahasiswa aka PM untuk MDS haritu. Leeya tau, tak semua suka jadi PM ni sebab semua kerja-kerja yang kena buat susahhhhh sesangat. tambah-tambah kena korbankan cuti sem yang disayangi kann? tapi bagi Leeya, semua kerja-kerja tu mendatangkan banyak benda baru yang positif dan negatif dalam diri Leeya. cuti ke hapa ka, tu belakang kiraaa. janji enjoyyy! korang nak tau, sebenarnya Leeya memang teringin sesangattt jadi PM ni start Leeya jejak tapak kaki Leeya kat UiTM. memang adore teruk lahh nak jadi PM ni. akhirnyaaa, rezeki tu jadi milik Leeya bila Leeya dapat call from Unit Kaunseling yang Leeya terpilih. serius time tu terloncat-loncat bagai munyett makan pizza. hihihihi. *okey tipu.

Leeya daftar waktu petang hari sabtu (26.05.2012) kat kampuss. kebetulan Leeya dapat sebilik dengan geng-ster Leeya kenal. Nad, Shila & Suffila. memang havoc lahh. tapi yang sedihnyaaa, bilik yang kami dapat, perghhh! tinggi sesangat. tingkat 3 and satu bilik yang kami stay, wakil satu blok. memang agak seremmmmm lah kan? dah laa takdak seorang manusia pun. so terpaksa rela stay kat bilik tu selama 2 minggu. stresss bukan? phewww~ 

cik dan puan geng-ster: Nad & Shila :)

sorang lagi roomate Leeya: Suffila. *comel kan dia? :)

so 2nd day tu, semua PM ni kena pergi kem. bila dapat tau pergi kem tu, woahhh! bersinar-sinar mata ni. yelaaaa, kalau korang nak tau, Leeya ni addicted teruk dengan kem-kem bagai ni. terlalu addicted. kekadang tu kena marah jugak dengan Mr. Love. bak kata beliau, sikit-sikit kem. sikit-sikit kem. *cuba bayangkan cara beliau bebel seperti panda comel yang sedang makan. hihihi. kami bercamp-ing 2 hari 1 malam jaa kat Chalet Putri Ayu. *nak tau, jumpa pakcik google ye. tapii sekejap je kat sana. sekejap tu lah Leeya dapat macam-macam experiences. ouh, tak lupa jugak dapat kengkawan baruuu! hihihi. 

story pasai chalet tu, perghh! cantik sesangat environment kat sana. dah la tepi sungai, chalet pun cantik-cantik. nampak cinonet sajaa tapi dalam dia besarrr! memang tempat boleh huneymoon lahh. hihihihi. kat sana kami kena share dalam 10 orang satu bilik. bilik bilik kat situ double luas dengan bilik korang tu. hahaha. even tempat tu agak pedalaman sikit, tapi tempat bestt. siap dengan swimming pool you! kalah hotel 5star. hihihi. kat sana, kami dilatih macam-macam benda tapi guna game saja. then esok tu, kami jungle trekking. yehaaa! benda tu yang Leeya rasa Leeya paling enjoy. trekk untuk kami jalan tu, superb jauh sesangat. kaki ni rasa macam nak tercabut tapi enjoy punya pasal, lantak kau lah kaki! abaikan semua tu. hihihi. :)



swimming pool ikan yang PM lelaki terjun. main redahhh saja kann. =____=

 ni bukan kumpulan Leeya ye. tapi kumpulan Leeya yang nombor satu tau! dari belakang lahh :)

lembu yang comel versi Nad. comel kan dia lukissss? bulat bulat! :P

trek jungle trekking kami yang sangat jauh dan bahaya. -___-


after balik dari chalet tu, kami dibahagikan kepada biro masing-masing. korang nak tau biro apa yang Leeya terpilih? pliss take note okey. BIRO DISIPLIN! seriussss time tu semua gelak guling-guling sebab diorang tak percaya yang Leeya mampu pegang biro tu. time tu, macam nak nangis pun adaa. tapi tetap tahan sebab Leeya rasa Leeya mampu buat. sebelum ni, Leeya pernah pegang biro lain-lain, so biro disiplin ni first time laaa. sukaa! sukaaaa! yang paling penting sekali, Leeya percaya dengan kemampuan Leeya. :)


okey. perasan habis macho .==''

time ni, Leeya takdak. demam & muntah-muntah. sayangnyaaaaaa :'(

meet them: geng bising sedunia -___-

#sorry sesangat sebab dalam seminggu kursus PM ni, tak banyak Leeya sempat snap-ing gambauu sebab pegang hp tersayang pun, tak sempat laaa. gambauu2 kat atas ni saja yang Leeya dapat tempek kat sini.

okey, nak taip entry satu ni pun dah amik masa dalam 2 jam. Belog vs RunningMan, mau tak jadi 2 jam nyaaa. hihihi. tunggu entry seterusnya okeyy? 

byeeeeeee!


No comments:

|| Copyright by talksbyleeyahaniff.blogspot.com | All Righted Reserved ||